Sunday 23 June 2013

Selangkah kehidupan

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM , ASSALAMUALAIKUM :)

Hai semua , its been a longggggg time since the last update . Really sorry , been so busy lately . Eh , bermat-sallleh pulak kita . Takde niat pun nk belagak speaking london ni . Saja je . So mcm mana nak start ni ? Hai :) i miss u all so so so much . Mesti korang semua tgh wondering what is happening to me kan ? Ye la kat twitter duk berjiwang , bersedih , berdrama , dan bermacam macam . hmmmm...im here to share something .Here goes nothing .

Kehidupan , apa tu kehidupan ? kadang kadang kita rasa kita tahu semua tentang kehidupan tp sebenarnya kita tak tahu pun . Kita baru setahun jagung hidup dalam dunia ni . Kita rasa kita dah lalui mcm mcm tapi sebenarnya itu seciput je . Bagi tasha kehidupan ni merangkumi segala galanya , keluarga , persahabatan , percintaan , pergaduhan , kebahagian , kesedihan , perpisahan n more . Kalau nak cerita pasal kehidupan mmg tkkan habis la kan . So harini sha nak share serba sedikit kehidupan yang sha baru lalui . Sesuatu yang terjadi yang membuat sha jatuh tersungkur bersujud ke bumi . Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan ini . Ini yang pertama kali , ini yang paling pedih . Hanya Allah swt sahaja yang tau .

13 March 2012 , takkan pernah sha lupa tarikh ni . Tarikh yang telah menyatukan sha dengan seorang insan yang tiada bandingannya . Mungkin dia tak sempurna , tapi dia mampu membuat sha sempurna . Dia mampu mengembirakan hati yang sayu dan mampu mengukir senyuman dia wajah yang sayu . 8 bulan masa berjalan terasa kejap sekali . Kebahagian yang tidak terhingga selama 8 bulan . Mungkin orang nampak dia tidak layak utk sha , tp bg sha dia cukup sempurna . Hanya tuhan saja yang tau betapa bahagianya sha dengan dia . Pergaduhan itu biasa la dlm sebuah perhubungan . Kebahagiaan kami terhenti oleh kerana tasha terlalu tamak mencari kebahagiaan . Tasha terlalu tamak mencari kesempurnaan . 

Semua berubah apabila sha bertemu seseorang insan yang mampu menimbulkn perasaan bahagia dengan satu senyuman . A'ah , ya dia cukup sempurna . Rupa paras dia cukup menawan , ya allah ya tuhan ku aku tertawan dengan rupanya , senyumannya , layanannya sehingga aku lupakan kebahagiaan ku selama 8 bulan bersama si dia . Ya dia mampu menawan hati yg lemah ini dengan rupa dan layanannya . Dia mampu menawan hati keluarga tasha bila pasangan sha tak mampu . Dia mampu menang di hati mama . Untuk satu saat tasha rasa dia cukup sempurna , dia lah orang yg sha cari sampai sha lupa dia yg 8 bulan bersabar dan bertahan dengan sha . Hubungan sha dengan dia semakin goyang dengan kehadiran si sempurna . Sha terus terbuai dengan kata kata manis si sempurna , hubungan kami semakin renggang dan terus lemas . Hubungan kami berakhir pada November 2012 . 

Ya , mungkin sha bahagia dengan si sempurna ,tp hanya yg terdekat tahu betapa lamanya sha amik masa utk melupakan dia . Sha kuatkan hati utk menerima si sempurna kerana dia pilihan mama . 13 Feb 2013 ,  tarikh yang membuat sha rasa dia akan dengan sha smpai akhir hayat . Semuanya cukup sempurna , sehinggalah hari demi hari dia berubah . Dia tak seperti dirinya pada mula sha dengan dia . I wonder why ? tp sha kuatkan semangat teruskan hubungan denganya , sha masih berpegang dengan kepercayaan sha pada hubungan kami . Sha sanggup berkorban utk dia , ya sha sayang dia . Hanya allah saja yang tahu betapa sha sayangnya pada dia . Seandainya dapat sha share rasa syg ni , dah lama sha bluetooth :P

Kami bahagia , cukup bahagia , terasa mcm takde apa yg mampu menghancurkan kebahagiaan kami . Ya , tasha cukup bahagia , yg paling bahagia dalam dunia . Tapi dalam sekelip mata semuanya hilang . 4 Jun 2013 , yup tarikh yang sha akan ingat smpai sha mati . Tarikh yang hampir hampir mematikan semangat ini . Tarikh yang telah membunuh hati ni . Dia hilang tanpa khabar , tanpa sms , tanpa bbm , tanpa tweet tanpa sebarang pesanan . Hanya tuhan saja yang tahu betapa risaunya tasha . Menangis saja mampu sha buat . Tasha dah buntu . Tasha tunggu depan rumah dia berjam jam cari dia tp dia takde . Hari demi hari kekecewaan demi kekecewaan . Tangisan tu bukan utk kesedihan sha , tp kerisauan tentang dirinya . Dalam hati cuma ada soala dia kat mana ? sihat ke dia ? Ya allah lindungi dia :'( 

Ya allah ya tuhanku kau ambillah nyawa ku dr kau mengambil nyawanya , sesungguhnya aku tak mampu hidup tanpa nya . Ya allah ya tuhanku sesungguhnya aku amat mencintai dia , aku ingin dia menjadi suami ku , bapa pada anak anak ku , aku hanya mahukan dia ya allah , hanya dia . Jika tidak , ambillah nyawa ku , kerana aku tak sanggup hidup didunia ini tanpa dia , tanpa cintanya .

Inilah doa tasha setiap detik , setiap saat . Ada satu surah atau hadis yang mengatakan kalau kita terlalu mencintai seseorang lebih dari allah swt , allah swt akan tarik dia dr kita . Ya , sha terlalu mencintai dia lebih dr diri sha sendiri , lebih dr yg esa . Aku leka ya allah , aku leka . Aku terlalu terbuai dengan perasaan cinta . Masa saat tu sha takut sangat allah akan ambil nyawa dia . Sha perlahan lahan kuatkan hati kurangkan perasaan cinta sha pada dia . Tapi Allah swt tetap ambil dia dr sha , mungkin tak utk selama lamanya . Alhamdulillah sha dapat tau dia masih bernyawa dan bernafas seperti sha skrg . Doa demi doa , allah beri petunjuk pada sha dan sha dapat tau dia kembali bersama pasangan dia yang lama .

Pelbagai persoalan yang bermain dalam kepala sha . Kenapa dia tinggal sha tanpa sebarang sms atau bbm ? Kenapa dia tinggalkan sha pada waktu sha dah terlalu mencintai dia ? Kenapa dia pergi ? Kenapa ? Kenapa? Kenapa ? Sha mengaku , sha jatuh tersungkur pada saat tu . Hanya mampu menangis dan menangis . Kelemahan sha semua keluar saat tu . Takde apa yang sha mampu buat , selain menyendiri dan nangis . Tapi Allah Maha Besar , dia kurniakan sha keluarga sha yang memahami sha , Kawan Kawan yang sentiasa disisi sha memberi sokongan dan dorongan . Pada saat tu , sha terfikir , Ya Allah ya tuhan ku , di saat aku  bahagia , aku tinggal kan kawan kawan ku tp di waktu derita ku mereka masih disisi ku . Sha mengaku sha mmg jahat . Ya allah kau kurniakan kebahagiaan kepada kwn kwn ku ini . Jauhi mereka dari sengsara yang aku lalui . 

Alhamdulillah harini sha mampu berdiri kembali meneruskan kehidupan yang masih panjang . Ini adalah pengajaran dalam hidup sha . Sha belajar utk tak terlalu tamak mengejar kesempurnaan dan kebahagiaan . Kita patut hargai orang yang ada di sekeliling kita . Harini sha mampu bangun setiap pagi tersenyum tanpa sebarang air mata . Ya , sha kuat . Sha kuat kerana keluarga dan kawan kawan . Mungkin ini membunuh hati sha sendiri utk mendoakan kebahagiaan mereka . Tapi jangan salahkan mereka , mungkin dia tak sanggup nak bgtau sha perkara yang sebenar kan ? Dia dengan pasangan dia dh 2 tahun bersama , mana mungkin sha yg bru 3 bulan mampu lawan rasa cinta dia dengan pasangannya yg dah 2 tahun kan ? Mungkin dia bukan jodoh sha , mungkin mereka ditakdirkan bersama . Sha redha :') Perasaan sayang akan tetap ada , tapi sha kat sini sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka . Kalau itu mampu membahagiakan dia , itu akan membahagiakan sha . Ini bukan titik penamat untuk sha terus mencari cinta sha , tpi ini mungkin pengajaran dalam mencari cinta . Sha akan lebih berhati hati dalam memilih . Insyallah satu hari nanti :') insyallah . 
Doakan sha k :)

Itu saja , terima kasih baca :) 
love , natasha norazri :)






No comments:

Post a Comment