Friday 14 December 2012

Super Senior Year

Bismillahirahmanirahim..
*tadah tangan*
Ya Allah Ya Tuhan ku , Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjat kesyukuran ke atas mu atas segala yang kau berikan kepada ku , Umur yang Panjang , Kesihatan yang baik , Pembelajaran yang lancar , Keluarga yang bahagia , Kawan yang sentiasa disisi ku dikala ku susah dan senang dan Murah rezeki .
 Amin Ya rabbal alamin....

 Assalamualaikum , Hai *lambai lambai tangan kat lappy ...
Alhamdulillah , Sekarang tasha dah semester 6 , semester terakhir untuk kos diploma sains kuantitatif . *tepuk tangan beramai ramai ! Bangga sangat sangat :D mana taknya kos ni core dia math kot . Adakah anda paham ? Core kami calculus . Berpeluh peluh  belajar calculus 1 , calculus 2 and calculus 3 . Sampai gugur janggut baq ang . Alhamdulillah sangat , tasha lulus semua subjek setiap semester . Walaupun tak dapat dekan next sem , tapi ada jugak la merasa dekan . Bukan nak poyo , tapi nak poyo gak la skit . hahahaha . Jahat en ? Manusia mana ada sempurna . Tapi bagi semua coursemate saya , tak kira la lulus ke gagal ke . Yang penting kita hanya selangkah saja lagi untuk memegang sijil diploma . Usaha la k , jangan putus asa . Ingat kita ni insan yang terpilih untuk kos ni . Bukan senang nak dapat , sebab tu intake kita pun 80 orang sahaja . Antara beribu-ribu diluar sana yang apply kos ni , kita yang diterima . Yeke ? ke orang taktau kos ni so diorang tak apply -.- okay , persoalana yang akan sentiasa bermain di minda . Buat buat je macam beribu apply . Rasa bangga skit *uhuk uhuk ( batuk bangga ) .



Lama tak update post . Ni nak update pasal minggu pertama masuk UiTM setelah cuti yang PANJANG sangat -.-" Setibanya di UiTM takde yang menarik , yang ada hanya perasaan sebak dihati nk ditinggalkan keluarga . Tak macam last last sem , mengelenjan nak jumpa kawan . Kalau boleh nak balik UiTM sebulan awal . Gatai merenyam sangat nak lepak . Biasa la dulu baru nak naik . Ni bila nak dekat 3 tahun duduk UiTM PERAK baru terbukak mata yang sepet ni bahawasanya UiTM ini tiada apa apa melainkan hutan lipur , monyet , katak , cengkerik dan orang orang utan . Bunyi macam zoo en . Haiwan tu mengambarkan budak budak junior yg duk memekik macam beruk .  Semester yang indah ini , saya ditempatkan di tingkat 3 kolej pasir salak . ULANG SUARA TINGKAT TIGA ! Setinggi alam dia nak campak tasha . TIPS UNTUK SAPA TINGGAL TINGKAT 3 :  Kalau orang tanya kenapa tinggi sangat , jawab je , kolej bagi tingkat ikut pointer , kalau 3 tu mesti sbb result 3 pointer and above . Haaa....Mahu tenganga orang yang cuba perli tu . Hahahaha . Jangan lupa snap gambar org yg ternganga tu .

Ni nak citer ada budak ni , masa first day smpai bilik tu , tengok tengok kat ampaian dah ada baju tersidai . Pelik pun ada gak . Tapi tak pelik sgt sbb roomate saya qela aimi tu rajin cuci baju . Ingat dia yang sidai . Bila tanya dia , dia jawab ntah . Tengah duk melepak di ruang tamu bilik * gaya mcm bilik besar sgt en . Nampak ada sorang perempuan muka toye je sidai baju . Satu bilik tenung dia , Dia buat dek je . Siap boleh borak kuat kuat kat depan bilik en . Aii ? tak silap aku dia ni bukan roomate aku . Punya la ku tenung mukanya , mmg tak kenal . Lalu ku pergi ke depan pintu duduk bercangung sambil menenung kepadanya . Dia boleh pandang senyum je -.-" Apa lagi , guna la kuasa vito super senior .

Tasha : Awak , awak duduk bila mana ?
Dungu : Ni * sambil menunjuk ke bilik sebelah yang tiada ampaian
Tasha : Ooooo....Awak part berapa ye ? * tanya dulu mana tau dia sama part kang takleh guna kuasa vito .
Dungu : Part 2 .
Muahahahahah ! Memang silap la . JUNIOR ! BULI BULI BULI * suara setan
Kesian dia , Tak baik buat mcm tu *suara bidadari
..........
Tasha : Dik , ni ampaian kami . Ampaian adik tu haaaa kat depan toilet tu * sambil tunjuk kat toilet yg nun jauh disana .
Dungu : Awak part berapa ?
NI LA MASANYA ! YEAH !
Tasha : Dengan kelajuan ferari dilitar F1 , PART 6 .
Dungu : Ouh akak la ni . * dah tu takkan makcik ang pulak -.-"
Tasha : A'ah , akak tak kesah adik nak sidai kat sini , tp kalau boleh tanya la dulu sbb mana la tau ada budak bilik ni nak sidai ke kan ?
Dungu : *buat muka kesian
Tasha : Dengan baik hati ,"takpe since adik dah sidai , takpe biarkan , lain kali tanya ye . Terima Kasih .
Dungu : sorry akak
Tasha : Takpe :) * kelip kelip mata

Itu lah kisah pencuri ampaian . Lepas kejadian tu , dia dah tak berani dah nak sidai . Hahahaha . Terasa jahat pulak . Bukan jahat tp mengajar nilai murni la awak . hahahaha .

Okay , teruskan dengan cerita kelas . Since sem ni ada 4 subjek je . Ada gak la terbayang mesti kelas tak banyak . Boleh balik setiap minggu . Malangnya kelas macam tutttt....Setiap hari ada -.-"

Minggu ke-2



Merayau rayau mencari hadiah mama :D Pernah dengar tak sambil menyelam minum air ? tapi jangan buat betul2 pulak . Mahu ang buat kat swimmingpool tu , air kencing la ang minum . Kalau buat kat laut , lagi la jangan citer , loji taik ke , abu mayat semua campak kat laut . So please never try this phrase . Deme tau tak kat Jusco Ipoh ada Seoul Garden ? Haaa...Taktau en ? Ni che nak habaq mai ni . ADA KOT ! Kami dah makan dah . Sedap gilaa , Rasa macam kat seoul *tp kat part sejuk dia je la . hahahaha . Macam macam makanan ada . Dia makanan ala ala buffet . Memang makan sampai kembung macam belon la jawabnya . Sudent price dapat rm29 je . Murah en ? Apa lagi SERBUUUU !















Masa kitorg duk buat tak senonoh makan dengan berlahaknya , ada sorang budak kecik ni nama dia isha , mmg comel sgt keletah dia , cara dia bercakap , rambut dia , cara dia posing semua la . Semua jatuh hati dengan dia . Dia suka sangat jilat cawan fatirah , dan kami taktau kenapa -.-"  ni dia :





Comel kan ? memang adorable . One day im going to have a daughter just like her . Aminn..
Tu saja untuk post kali ni . Update later . Thanks for reading . Assalamualaikum
 Love Tasha

No comments:

Post a Comment