ABOUT ME

Assalamualaikum , Hai , Hello , Ni Hou , Vannakam , Salam 1 Malaysia :)

Segala story mingguan tasha semua dah baca . Tapi persoalannya adakah anda mengenali tasha sepenuhnya ? Tak enn...Tak salah kalau orang nak kenal kita en . Okay jom kita kenang kembali kenangan lama .

SEBELUM 1992

Bertemunya seorang bidadari dunia yang kecantikannya tiada tandingannya dengan sang putera raja yang kacak bergaya di dalam Malaysia Airlines System (MAS) . Ye , mama and daddy saya seorang pramugari dan pramugara . KENAPA ? TAK PERCAYA ? Tengok la anak dia kan cantik . Combination cantik dan kacak . Sudah semestinya meletop .


MRS NORAZRI ( NIK INTAN SHAFINAZ )

 NORAZRI


Jeng Jeng Jeng . Itu mama and daddy saya 2012 . Nanti tasha cari gambar mama n daddy dulu k . Sebab dulu mama cun melecun ooo and skrg daddy hotsetap woo !

23 OCTOBER 1992
Lahirnya tuan puteri anak kedua selepas melahirkan seorang tuan putera Nur Muhammad Alif Danniel . Danniel ni la si abang ku yang ANNOYING ni . Dia berumur 22 tahun sekarang . Ya masih single tapi tak mencari , KENAPA ? Pegi tanya sendiri la . Ingat tasha ni kaunter pertanyaan ke ? HEY HEY ! pergi tanya sendiri naaa.... Lepas lahirnya tasha pada 23 october 1992 , tepat jam 12 malam pada malam depavali . Ye tasha lahir masa malam depavali . HAAA!! mcm aku taktau je hampa dh ready nak bahan aku en ? Takpe , i dont care . Masa malam tu la malam yang paling bahagia bagi mama , daddy and ibu sebab dapat ANAK PEREMPUAN pertama . YEAY YEAY YEAY ! Tamat la kebahagiaan itu bila lahirnya seorang lagi anak lelaki selepas tasha . Ni lah adik tasha Nur Muhammad Shazrul Alfie . Dia berumur setahun muda dr tasha . Ye dia manja ketul taik punya . Habis kasih sayang mama n ddy dia curi -.-" Well malang nasib dia bila 9 tahun kemudian lahir la si pemaisuri rumah ni skrg Normaya Sari . Dia berumur 8 tahun . Ya  di gedik mengada ngada . Memang rasa nak sumbat donut je dalam mulut dia bila dia bercakap sebab dia banyak serupa wa ooo..cakap tak reti berhenti . Perangai kami ala ala sama , so paham paham je la . kami pun ala ala gaduh je keje . Gaduh gaduh pun sayang laa...Lagipun maya ni lain skit dr adik beradik tasha yg lain sbb dia ni caring n manja sangat sangat . When i say sangat i mean SANGAT k .

These are my sibling :

NUR MUHAMMAD ALIF DANNIEL
NUR MUHAMMAD SHAZRUL ALFIE

Ye , Kenapa ? Dia hensem ? Well adik sapa . Dia ni takde la hensem mana . Ntah tang mana tah orang duk sibuk citer dia ni hensem . Dah cukup teliti dah tasha tenung muka dia . Tapi still tak nampak ke henseman dia . Dia ni more to seni . Bak kata orang budak seni la konon . Alfie ni satu je . Dia memang berbakat , dia boleh menari , main keyboard , main guitar n menyanyi . Tapi core dia menari moden dance , dia ni penari professional . Dia penah perform kat MENTOR and MANIA . Dia keje menari je..bergolek golek , berpusing pusing semua la . 

NORMAYA SARI

YE maya sari ni kuat berposing . Dia ni part time modelling . Dia pernah jadi model untuk iklan KFC , model iklan One malaysia TM , and dia penah jadi model iklan international yang hanya ditayangkan kat luar negara dan upcoming more . Okay maya model , kakak dia jadi Personal Assistant dia je -.-" sorry la , kakak dia tak secantik dia . 








Rasanya itu je kot pasal tasha . Eh , baru family tasha . Meh citer pasal tasha pulak . hahaaaa...segan la titeww...Okay panggilan yang melekat kat mulut orang dan dimana mana sahaja selain keluarga ialah TASHA . Panggilan oleh keluarga SHASHA . So conclusionnya panggil tasha . hahaaha . Bukan apa sebab dh biasa kalau orang panggil shasha tu mcm kelakar la pulak . Terlalu feminine pulak bunyi dia . Okay next , sifat . Hmm..sifat , no nak kene jujur la ni . Okay saya seorang yang lembut , manja , manis....TETTTT!! Itu menipu namanya . Tasha dari kecik lagi mmg perangai BOYISH , sorry bagi yag tak selesa bila baca blog tasha . Yelaa kadang2 ter AKU KAU . Mana taknya tasha me,besarkan dgn 2 lelaki dalam hidup so terbiasa . Sorry to say tasha tak manja , tak lembut ouh mmg tidak sama sekali . Bukan taknak jadi lembut dan manja cuma dah susah nak ubah en . Okay , one most important things u need to know about me is that i talk A LOT like A LOT . Banyak sangat sangat . Memang mcm rasa nak lempang je . Diri sendiri pun nak lempang diri sendiri inikan orang . And tasha seorang yang panas baran . Cepat sangat marah . Bagi yang dah kenal bagus la , bagi yang baru tahu , take note . Takde la takut termaki nanti terSENTAP seribu plak en . Tapi jangan takut skrg dalam proses nak berubah . Amin . 

It been only 2 years since i first wear hijab . Yes im a newbie , still learning to become a better muslimah and my parent anak solehah . Kita manusia sentiasa belajar dari kesilapan dan jangan sesekali kita menyalahkan takdir sebab setiap benda yang terjadi didunia ni mesti ada hikmahnya . Dan satu lagi , Apabila hati kita digerakkan oleh ALLAH SWT untuk berubah atau dibukanya hati kita untuk kearah kebaikan , ambil la peluang itu kerana peluang itu hanya datang sesekali . Jangan kita sesekali menolak hidayah ALLAH kerana hidayah ALLAH itu adalah benda yang terindah . Bagi yang setia membaca blog tasha , teruskan . Bacalah kisah hidup tasha mengharungi dunia yg fana ini . 

No comments:

Post a Comment