Thursday 5 June 2014

Bonda Aku

Bonda ,
Pelukan , ciuman dan usapan tak pernah aku rasa . Kau marah , kau jerit , kau tengking , kau maki , itu dah lali dalam darah . Aku tak pernah mengerti mengapa aku dilayan sebegini rupa . Khabarkan pada aku bonda . Kenapa aku tidak dapat kasih sayang seperti kawan aku dimana mereka di kucup dengan penuh kasih sayang ketika bangun tidur , sebelum ke sekolah , selepas pulang sekolah dan penutupnya sebelum tidur . Kenapa aku tak pernah dapat kucupan sebegitu ? Tidak layakkah aku menerima semua itu ? Tidak kah kau kasih pada aku , tidak kah kau sayang pada aku ?

Kenapa aku tak pernah dengar kata kata ini anak mama , mama sayang anak mama atau ucapan rindu kau pada aku ? Kenapa sungguh berbeza layanan kau pada aku ? Aku masih muda , aku tidak mengerti apa apa . Bila aku remaja , aku mula pentingkan sahabat aku . Mereka sentiasa ada untuk aku . Mereka sumber senyuman aku dan kebahagiaan ku . Tapi kau sentiasa sekat aku untuk berkawan . Kenapa bonda ? Tidak kah kau mahu lihat kegembiraan aku ? Mengapa ada rasa dengki dalam hati kau ? Aku tak pernah mengerti . 

Aku mula mengenal erti cinta . Kau berkali kali berkata , jangan percaya lelaki . Lelaki akan hancurkan kita tapi bonda aku tidak mengendahkan kau kerana aku rasa kebahagiaan yang kau tak pernah ungkapkan . Aku seperti ingin kau tau bahawa aku bahagia bonda , cinta ini indah , aku rasa seperti aku terbang bila aku bersamanya . Kau sentiasa menidakkan segala kata kata aku . Sekali lagi kau berdengki dengan aku bonda . Kenapa kau tidak pernah sokong kebahagiaan ku ? Aku jauhkan diri dari kau kerana aku leka dengan keindahan cinta . Aku rasa keindahan cinta yang tak pernah aku rasa , yang kau tak pernah beri . Setiap sentuhannya , setiap kata kata indahnya , setiap ungkapan cintanya , aku bahagia bonda . Aku bahagia .

Putus cinta . Aku putus cinta . Sakitnya sungguh mendalam , aku mula memahami kata kata kau . Dia datang memberikan sejuta kebahagiaan , kini dia pergi meninggalkan luka yang paling dalam . Kata kata kau seperti memberi makna sekarang . Tapi ego aku , aku tak tunjuk betapa lukanya aku . Aku memberi senyuman terindah untuk kau agar kau tidak nampak kepedihan aku . Dalam hati ini , ingin sekali lari memeluk kau meluahkan segalanya , ingin sekali aku meminjam bahu kau kerana aku tidak kuat . Aku jatuh bonda , jatuh sehingga tersujud dibumi . Aku pertaruhkan seluruh hati aku pada dia , kini dia pergi meninggalkan aku . Aku sedar , aku buka mata aku , aku nampak kau disitu . Kau sentiasa ada bonda , ada disisi aku dikala aku diatas mahupun di bawah . 

Bonda , 
Harini aku sedar segala keperitan kau lalui . Kau membesarkan aku tanpa seorang lelaki . Kau pendam luka kau demi membesarkan anak kau seperti mana aku memendam perasaan aku . Kau kasar kerana kau nak anak kau membesar menjadi seorang yang kuat dan gagah . Tidak mudah jatuh dan kalah dengan segala dugaan . Kau mungkin tidak memberi pelukan tapi kau sentiasa ada . Aku mengerti sekarang bonda , aku rasa kasih dan sayang kau walaupun tidak pernah kau tunjukkan . Aku mengerti sekarang bonda , kasih sayang tidak lah dr kata kata . Biar apa orang kata , sebab kasih sayang kau , aku saja yang rasa . Pengorbanan kau membesarkan aku tidak ada balasnya. Syurga adalah tempat kau , aku hnya mampu mendoakan kau . Kau lah yang terhebat didunia bonda . Aku sayang kau sehingga nafas terakhir aku .